Saturday, December 5, 2015

CERPEN

BIDADARI
“APA semua ni? Papa, mama?” Soal Yasmin dengan nada tegang. Anak matanya merenung tajam tepak sirih dan sekotak cincin yang diletakkan dihadapannya. Puan Hayati tertawa mendengar pertanyaan Yasmin.
“Ada orang datang meminang Yasmin. Hakim, anak Datuk Rosman. Min dah pernah jumpa dengan Hakim, kan.” Britahu Puan Hayati.
“Papa kenal sangat dengan Hakim tu. Orang dia baik, Min. papa tengok sesuai sangat dengan Min. Dia ada jumpa papa hari tu. Katanya dia berkenan dengan Min.” Sambung Encik Firdaus pula.
“Baik pada papa dengan mama. Orang sekarang ni bukan boleh percaya sangat. Depan kita je tunjuk baik. Belum dapat bolehla jadi sebaik malaikat. Bila dah dapat baru dia tunjuk belang. Muka sebenar. Min tak mahu. Tak nak!!” Bantah Yasmin.
“Yasmin Amiera! Jaga mulut tu ya. Hakim bukan yang macam Min cakap. Papa dah kenal dia lama. Dengan perangai Min macam ni, Min buat papa bagi Min takde pilihan.” Ujar Encik Firdaus berang. “Yati, call Datin Zarina cakap kita terima pinangan tu. Buat sekarang juga.” Arah Encik Firdaus kepada isterinya.
“Tapi bang…”
“Sekarang Yati! Jangan ingkar.” Tegas Encik Firdaus. Dia berlalu naik ke tingkat atas meninggalkan Puan Hayati yang serba salah dan Yasmin yang membantah.
“Papa tak boleh buat Min macam ni. Papa!!!” Jerit Yasmin namun Encik Firdaus tidak mengendahkan langsung pekikan Yasmin.
3 bulan kemudian…
JAM sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi. Namun matanya masih segar-bugar. Bermacam-macam perkara bermain difikirannya saat ini. Yasmin merenung gaun pengantin yang bakal disarung esok hari.
Hatinya pilu. Sudah bermacam-macam cara dilakukan agar perkahwinan itu tidak berlangsung tetapi tidak berjaya. Rasa nak bunuh diri sahaja jika diikutkan hati. Sudah bertan-tan air matanya mengalir mengenangkan perkahwinan yang tidak diingini itu tetapi tiada satu pun yang dapat melembutkan hati Encik Firdaus.
Yasmin tersentak apabila telefonnya berdering. Tertera nama Hakim pada skrin telefon. Dengan rasa malas dia menjawab panggilan dari lelaki itu.
“Assalamualaikum. Hai tak tidur lagi?” Soal lelaki itu dihujung talian. Mesra.
“Saya nak tidur ke tidak ke bukan masalah awak, Encik Hakim. Ada apa awak call saya pagi-pagi buta ni. Awak takut saya lari ke? Awak jangan risaulah. Papa saya awal-awal lagi dah pasang pengawal keliling rumah. Nak lari pun tak guna. Kahwin dengan awak pun tak guna juga.” Tutur Yasmin selamba tanpa sedar telah melukakan hati si pemanggil dihujung talian. Kedengaran nafas berat dilepaskan Hakim.
“Sampai ke saat ini pun awak masih tak dapat terima saya ke, Yasmin?” Tanya Hakim.
“Terima?” Yasmin ketawa. “Awak yang nak kahwin dengan sayakan. Eh, awak sepatutnya bersyukur sebab saya ni bukan jenis yang berpura-pura. Saya tunjuk yang saya memang tak suka awak. Tak pernah sikit pun saya ni suka dekat awak. Saya tak taulah. Awak ni buta kot sebenarnya sebab masih tak nampak yang saya ni benci gila-gila dekat awak. Awak sanggup kahwin dengan orang yang bencikan awak ni. Awak tak takut saya racun awak ke nanti. Bunuh awak ke? Tak pernah fikir ke semua tu. Eh, kalau bunh diri tu sesuatu yang halal. Awak tak akan nampak saya lagi tau tak. Saya lebih rela bunuh diri dari kahwin dengan awak.” Ulas Yasmin panjang lebar.
“Sebegitu bencinya awak pada saya, Yasmin.”
“Haah. Tapi… mungkin perasaan saya akan berubah kalau awak batalkan perkahwinan ni. Okay macam ni. Lets make a deal. Kalau awak batalkan perkahwinan ni saya akan jadi kawan awak. Kawan baik awak. Macam mana?” Yasmin memberi tawaran yang sangat tidak masuk akal. Dia sendiri tertawa dengan tawaran yang diberi.
“Fine! Kalau awak nak macam tu. Lets make a deal. Beri saya 5 bulan untuk buat awak sukakan saya. kalau lepas 5 bulan awak masih bencikan saya. I’m gonna let you go. I freed you. Please… saya cuma minta 5 bulan je. Izinkan saya jadi suami awak untuk 5 bulan je. Kalau awak masih bencikan saya, fine. Saya lepaskan awak tanpa kesal. You free to go.” Hakim pula memberi tawaran. Memang cukup perit untuk diucapkan tetapi jika ini dapat membuat Yasmin menerima perkahwinan ini dia sanggup.
Yasmin diam. Lama. Berfikir-fikir dan akhirnya…
“Okay. Saya setuju. 5 bulan dan lepas tu kalau awak gagal. Lepaskan saya!” Yasmin memberi persetujuan. Bibirnya sudah menguntumkan senyuman. ‘Alah, setakat 5 bulan bukannya lama. Kau belum kenal aku lagi Hakim. Belum sampai 5 bulan kau akan lepaskan aku juga. Tengoklah.’
“Okay. Thank you for giving me this opportunity. Saya tak akan sia-siakan 5 bulan tu. Terima kasih, Yasmin.” Ucap Hakim.
Yasmin menguap. Tiba-tiba datang rasa mengantuk. “Bye. Saya dah ngantuk ni.” Ujar Yasmin. Dia sudah berhajat mahu mematikan talian.
“Selamat malam. Sweet dream, assalamualaikum.” Ucap Hakim. Talian dimatikan. Yasmin meletakkan telefonnya diatas meja dan bergerak ke katil. Baru sahaja dia meletakkan kepala, sudah terlena.
DENGAN sekali lafaz, Yasmin Amiera bt Firdaus kini sah menjadi isteri Hakim Ridzuan b. Datuk Rosman. Hakim memandangnya namun jelingan tajam menjadi balasan. Acara menyarungkan cincin adalah acara yang sangat merimaskan. Sudahlah kena salam. Itu satu hal. Ini ditambah lagi dengan berpuluh-puluh photographer tidak bertauliah yang ingin mengabdikan saat itu. Dia sendiri tidak mahu orang lain yang sibuk.
Yasmin mengaduh kepenatan kerana sepanjang hari terpaksa senyum. Jumpa orang tu nak bergambar. Jumpa orang ni bergambar. Bergambar dengan keluargalah, kawan-kawanlah. Kalah artis. Semua orang nak bergambar dengan mereka.
Masuk sahaja ke bilik, Yasmin menukar pakaian dan mencuci muka. Setelah itu dia menerjunkan dirinya diatas katil. Penat yang tidak mampu diucapkan dengan kata-kata. Matanya dipejamkan dan terlena seperti bayi.
Hakim membuka pintu, terbuka sahaja daun pintu matanya menjamah sekujur tubuh sudah lena diatas katil. Perlahan-lahan dia menapak masuk. Tidak mahu mengejutkan isterinya itu. Baju melayu yang dipakai diganti dengan t-shirt biru. Hakim berbaring disebelah Yasmin dalam jarak yang sangat dekat. Wajah lena Yasmin menjadi tatapan.
‘Abang harap perkahwinan ini akan sampai ke akhir nafas abang dan jika boleh, ke syurga sayang…’ Detik hatinya.
“MIN, tuangkan Hakim air. Tercekik nanti suami tu.” Tegur Puan Hayati. Yasmin mencebik.
“Awak nak air apa? kopi? Jus oren? Susu?” Tanya Yasmin kasar. Hakim tersenyum memandang Yasmin. Nampak comel bila dia marah macam tu.
“Air apa yang awak nak bagi saya?” Sengaja Hakim mengusik Yasmin. Seperti katanya semalam, tempoh 5 bulan yang diberi tidak akan dipersiakan. Apa sahaja akan dilakukan supaya Yasmin tetap menjadi isterinya hingga ke akhir nafas.
“Air basuh tangan.” Jawab Yasmin.
“Min!” Tegur Encik Firdaus. Anak matanya merenung tajam pada Yasmin. Yasmin tunduk. Jus oren dituangkan buat Hakim.
“Nah!” Gelas berisi jus oren diserahkan kepada Hakim. Kemudian Yasmin kembali menyambung makan bihun yang dimasak Puan Hayati.
“Sedap bihun yang mama masak.” Puji Hakim.
“Iya? Yasmin masak lagi sedap. Lain kali mama suruh Yasmin pula masak.” Ujar Puan Hayati. “Tambahlah lagi.” Hakim mengangguk.
“Lepas ni bolehlah awak masakkan saya bihun macam ni. Bolehkan?” Tanya Hakim dengan senyuman manis yang semestinya akan mencairkan hati para gadis tetapi tidak bagi Yasmin yang hatinya sekeras batu kerikil. Yasmin membuat muka menyampah. Bihun dipinggan dihabiskan dan dia berlalu ke dapur dengan cawan dan pinggan yang diguna.
Encik Firdaus dan Puan Hayati menggeleng melihat perangai Yasmin. Malu dengan Hakim. Seolah-olah mereka tidak pandai mendidik anak. Hakim pula sabar sahaja dengan kerenah Yasmin. Ini baru hari pertama jadi isteri. Esok lusa entah apa lah yang akan dibuat Yasmin. Perkara itu mula menimbulkan kerisauan dihati Encik Firdaus.
“Papa harap Hakim tak terasa dengan perangai Yasmin tu. Dia tu susah sikit.” Tutur Encik Firdaus.
“Takpe papa. Mula-mula… biasalah tu. Saya cuma minta doa je dari mama dengan papa. Doakan kebahagiaan kami sampai akhir hayat.” Ujar Hakim.
“Kami akan doakan.” Celah Puan Hayati. Memang itulah doa setiap ibu bapa buat anak-anak mereka. Kebahagian dunia dan akhirat.
SEBULAN telah berlalu, Hakim membawa Yasmin berpindah ke rumah baru. Banglo dua tingkat yang cukup besar tapi hanya didiami dua orang sahaja.
“Saya tak nak sebilik dengan awak.” Ujar Yasmin.
“Kenapa? Awak takut dengan saya ke?” Duga Hakim. “Saya takut dengan awak? Saya tak percayakan awak.” Bidas Yasmin.
“Awak tak percayakan saya ke awak tak percayakan diri awak?” Usik Hakim.
“Awak ni memang suka cari gaduhkan. Saya tak peduli. Saya tetap tak nak sebilik dengan awak.” Putus Yasmin.
“Kalau bergaduh dengan awak salah satu cara saya dapat dengar suara awak. Bercakap dengan awak. Saya tak kisah. Kita gaduhlah dari pagi sampai malam. Berhenti bila tidur je. Esoknya sambung balik. That’s not my problem. Boleh je.” Hakim mengusik lagi.
“Hish, boleh gila la saya dengan awak ni. Nak gila sorang-sorangla.” Bentak Yasmin. Dia mula mengatur langkah mahu keluar dari bilik tersebut namun ditahan Hakim.
“Duduk dalam bilik ni. Bilik ni besar. Saya boleh tidur dekat lantai. Comforter ada banyak tapi tolong… saya tak nak kita tidur bilik asing-asing. Berdosa tak ikut cakap suami. Dah sebulan kita kahwin. Saya tak pernah sentuh awak pun kan. So…” Pujuk Hakim.
“Awak sentuh saya siap. Jangan mimpi awak boleh jumpa saya lagi lepas tu.” Ugut Yasmin.
“Tak. Janji.” Hakim berjanji. Tangan kanannya diangkat seolah-olah bersumpah. Yasmin menayangkan wajah kelegaan walaupun tidak sepenuhnya. Tiba-tiba perutnya berbunyi. Jam dipergelangan tangan ditatap. Pukul 1 petang.
‘Patutlah lapar. Dah pukul 1.’ Yasmin memegang perut. Hakim yang perasaan perkara itu menggeleng sambil tersenyum.
“Jom, kita pergi makan. Lepas tu kita cari barang dapur. Nanti malam boleh awak masak.” Ujar Hakim. Tanpa sempat Yasmin berkata apa-apa, tangannya ditarik Hakim keluar dari bilik. Sasaran mereka adalah restoran kerana masing-masing sudah kelaparan.
HARI berganti minggu, minggu berganti bulan. Hakim masih tetap setia melayani kerenah Yasmin. Dia tidak pernah lelah melayan kedegilan Yasmin. Hari-hari ada sahaja perkara yang akan cuba digaduhkan Yasmin dengan dirinya. Itulah, inilah… macam-macam.
Hakim terus menghitung waktu. Sudah dua bulan lebih Yasmin menjadi isterinya. Namun tidak ada tanda-tanda hati isterinya itu dapat ditawan. Dia pula semakin kesuntukan waktu. Hanya doa yang menjadi bantuan setiap kali usahanya gagal.
Setiap pagi, dia akan mengirimkan bunga buat Yasmin. Memang penuh satu rumah dengan bunga-bunga yang dikirim Hakim. Mula-mula bunga yang diberi berakhir di tong sampah tetapi lama kelamaan, hidup bunga-bunga itu semakin panjang. Setiap penjuru rumah akan ada kuntuman bunga yang mengindahkan mahligai itu.
Hakim menghantar pesanan ringkas kepada Yasmin.
Malam ni saya balik lewat. Ada meeting untuk project dekat Langkawi. Tak payah masak untuk saya. Masak untuk awak je. Jaga diri, sayang…
Yasmin membaca pesanan ringkas yang diterima dari Hakim. Keluhan dilepaskan. Mesej Hakim dibalas pendek.
Okay!
Yasmin menjeling jam didinding. Pukul 5 petang. Dia bergerak naik ke tingkat atas untuk menunaikan solat asar. Selepas itu, komputer ribanya dikeluarkan dari laci. Drama korea dilayan sehingga masuk maghrib. Hanya berhenti untuk solat maghrib dan Yasmin kembali menyambung drama korea yang bertajuk Kill me heal me. Entah berapa lama dia sudah menatap komputer ribanya, Yasmin menutup komputer riba itu dan menunaikan solat isyak. Perutnya sudah berbunyi minta diisi. Nak masak dah lewat lagipun takde siapa nak makan. Akhirnya Yasmin sekadar membancuh milo.
Selesai membancuh air, Yasmin bergerak untuk ke tingkat atas. Namun malang nasibnya apabila dia terjatuh tergelincir ketika mahu keluar dari dapur. Cawan berisi milo jatuh dan pecah berderai.
Yasmin cuba untuk bangun namun tiba-tiba dia mengaduh kesakitan. Pergelangan kakinya terasa sakit yang teramat sangat. Kakinya tidak mampu digerakkan. Air mata mula bergenang. Bersendirian dirumah bagaimana dia mahu meminta bantuan? Hakim pula entah pukul berapa balik.
Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Yasmin berpaut pada dinding untuk bangun. Perlahan-lahan tubuhnya diangkat namun rasa sakit yang menusuk dikaki membuat Yasmin kembali terduduk diatas lantai. Lebih parah lagi kakinya sudah terpijak kaca. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya ketika itu.
Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi kereta memasuki perkarangan rumah. Pintu dibuka dari luar.
Hakim menapak masuk ke dalam rumah. Melihat keadaan ruang tamu yang gelap membuat dia menyangka Yasmin sudah tidur. Baru sahaja dia ingin naik ke tingkat atas, dia terdengar seseorang memanggilnya dari arah dapur.
“Hakim… awak…” Panggil Yasmin lemah.
Hakim tidak jadi naik. Dia bergegas ke dapur dan terkejut melihat Yasmin terduduk dilantai dengan kaki yang berdarah dan kaca cawan yang bersepah-sepah dilantai dapur.
“Min, apa dah jadi ni?” Soal Hakim risau.
“Saya jatuh tegelincir. Bila nak bangun kaki saya pula tertusuk kaca.” Beritahu Yasmin dengan mata berair.
“Ya Allah…” Hakim mengendong Yasmin ke ruang tamu. Peti kecemasan yang terletak didalam cabinet televisyen dikeluarkan. Luka dikaki Yasmin dibersihkan. Dengan perlahan-lahan kaca kecil yang mencucuk tapak kaki Yasmin dikeluarkan. Mengalir jugalah air mata Yasmin sebab sakit. Ubat anti-kuman disapukan pada luka tesebut. Kakinya dibalut setelah disapukan ubat. Yasmin memerhati setiap tingkah perbuatan Hakim. Ada sesuatu yang mula dirasakan dihatinya sejak kebelakangan ini. Perasaannya pada Hakim seakan-akan sedang berubah.
“Okey. Dah siap. Awak duduk sini sekejap. Saya bersihkan kaca-kaca dekat dapur tu. Jangan bergerak eh.” Pesan Hakim. Yasmin menurut. Dia memandang Hakim berlalu ke dapur. Hati wanitanya semakin tersentuh dengan kesungguhan Hakim. Lelaki itu nampak ikhlas dalam setiap perbuatannya. Tidak pernah sekalipun Hakim meninggikan suara pada dia walau apa pun yang telah dilakukan.
“Min?” Panggil Hakim. Yasmin tersentak. “Hai, mana awak pergi ni? Saya ada dekat depan awak ni. Nah, minum air ni! Saya dah buatkan awak milo. Saya rasa awak tak sempat minum tadi, kan?” Teka Hakim. Yasmin sekadar tersenyum tawar. Mug berisi milo dicapai. Panas.
‘Berapa lama aku mengelamun? Sempat lagi dia panaskan air. Ya Allah, malunya kalau dia tau aku mengelamunkan dia. Tak pasal-pasal kena usik lagi.’
Hakim memandang Yasmin. ‘Ya Allah, aku tidak sanggup melepaskan dia. Semakin hari aku semakin tamak untuk memilikinya. Berilah aku beberapa kesempatan lagi.’
Yasmin meletakkan mug yang diminum ke atas meja. dia mahu bangkit namun cepat-cepat dihalang Hakim. “Awak nak pergi mana?” Tanya Hakim.
“Saya nak naik, tidur. Dah lewat ni. Awak pun penatkan.” Jawab Yasmin. “Nak panjat tangga dengan kaki berbalut macam tu? Tak payah ngada-ngada. Luka tu baru je balut. Nanti melarat pula.” Bangkang Hakim. Dia bangun.
“Jom saya bawa awak naik atas.”
“Tak naklah. Tak berani saya. Karang jatuh dekat tangga tu satu hal lagi. Saya ni berat Encik Hakim.” Bantah Yasmin.
“Saya lagi takut kalau awak jatuh dekat tangga tu.” Hakim terus mencempung tubuh Yasmin untuk naik ke tingkat atas. Yasmin terkedu. Degupan jantungnya bernada sumbang. Sampai dibilik Hakim meletakkan Yasmin diatas katil. Selimut ditarik sehingga ke dada.
“Dah, tidur. Saya nak pergi mandi.” Ujar Hakim. Satu kucupan hingga didahinya. Kali ini Yasmin terpanar.
“TAK boleh ke meeting tu ditangguhkan? Isteri saya sakit. Tak boleh tangguh ke meeting dekat Langkawi tu?” Yasmin memandang Hakim yang sedang bercakap ditelefon. Hal pejabat agaknya.
“Takpelah.” Ujar Hakim pendek. Talian terus dimatikan. Wajahnya agak sedikit keruh.
“Kalau ada kerja pergi jelah. Janganlah risaukan saya.” Ujar Yasmin. Serentak dengan itu Hakim memanndangnya.
“Jangan risau Min cakap. Min tak boleh bergerak macam tu macam mana abang tak risau. Abang ada meeting dekat Langkawi seminggu. Abang tak boleh tinggalkan Min dalam keadaan macam ni.” Tutur Hakim sedikit tegang.
“Dah namanya kerja. Pergi jelah. Nanti saya call mama. Teman saya dekat sini. Lagipun saya tak suka awak ke hulur ke hilir macam orang hilang anak nanti. Baik awak pergi je meeting tu. Taulah saya nak jaga diri saya.” Ujar Yasmin. Meyakinkan Hakim.
Kasihan. Disebabkan kerana dirinya Hakim terpaksa menangguhkan mesyuarat yang berlangsung di Langkawi.
“Awak memang tak kisah pasal perasaan saya kan. Suka hati awaklah.” Ujar Hakim bengang. Dia terus berlalu keluar dari bilik meninggalkan Yasmin sendirian. Detik demi detik berlalu, kelibat Hakim langsung tidak kelihatan. Kelopak mata Yasmin mula terasa berat dan terus terlena hingga subuh.
Keesokan paginya, bangun sahaja dari tidur Yasmin mendapati sekeping nota kecil dilekatkan dicermin.
Abang pergi Langkawi. Abang dah call mama. Stay dengan mama sampai abang balik. Sarapan abang dah buatkan. Makan ye… and lastly, take care sayang…
Keluhan dilepaskan setelah membaca nota yang ditinggalkan Hakim. Perlahan-lahan Yasmin bergerak ke bilik air untuk membersihkan diri. Jarum pendek dan jarum panjang pada jam menunjuk pada nombor 6. ‘Cepatnya keluar. Flight dia pukul berapa?’
Seminggu kemudian…
YASMIN bergegas masuk ke dalam rumah apabila telefon rumah berbunyi. “Assalamualaikum. Rumah Encik Firdaus. Siapa ni?” Sapa Yasmin mesra.
“Walaikumussalam. Ibu ni.” Sambut suara dihujung talian. “Oh ibu… sihat ibu?”
“Sihat Min… ibu sebenarnya telefon ni nak bagitau. Hakim masuk hospital baru tadi. Dia pengsan dekat airport.” Beritahu Datin Zarina dengan rasa serba salah.
“Apa? hospital? Min pergi sana sekarang. Terima kasih ibu.” Tanpa berlengah Yasmin terus bergegas naik ke bilik untuk menukar pakaian. Puan Hayati dan Encik Firdaus sedang keluar ke pekan. Usai menukar pakaian, kunci kereta diambil dan Yasmin terus meluru keluar.
Hatinya semakin tidak keruan. Risau dan bimbang dengan berita yang baru disampaikan ibu mertuanya tadi. ‘Ya Allah, semoga Abang Hakim takde apa-apa.’ Doa Yasmin.
YASMIN melihat Hakim dari cermin pintu wad. Air matanya mengalir deras. Terasa belati tajam menusuk jauh ke dasar hatinya. Sakit yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Segala perbuatannya pada Hakim selama ini kembali terlayar diminda. Seolah-olah menghantui dirinya. Yasmin memejamkan mata. Tidak sanggup rasanya melihat keadaan Hakim. Dia segera berlalu pergi meninggalkan Hakim sendirian.
‘Kanser yang dihidap Encik Hakim sudah sampai ke stage four. Memang tak banyak yang kami boleh lakukan. Semuanya kini bergantung pada yang Maha Kuasa.’
‘Saya cuma minta 5 bulan je. Please… just 5 months. Lepas tu saya akan lepaskan awak. Saya janji saya tak akan ganggu awak lagi.’
‘Dengan keadaan dia sekarang, Encik Hakim hanya ada masa selama 3 bulan. Kurang atau lebih. Tiada apa lagi yang kami para doktor mampu lakukan. Semuanya atas kuasa Allah.’
‘Abang sayangkan Min. Abang butakan mata melihat kebencian Min supaya abang boleh beri sebanyak cinta yang abang mampu untuk Min. Abang tak minta banyak, Min. cukup sampai tempoh yang abang minta itu dah memadai. Abang faham kalau Min tak dapat balas cinta abang tapi cinta abang pada Min tulus.’
Satu demi satu perkataan dan perbuatan Hakim terbayang-bayang diminda. Terngiang-ngiang ditelinga. Begitu juga dengan segala perbuatan dan kelancangan kata-katanya terhadap Hakim. Mengenang itu semua membuat Yasmin tidak mampu untuk memaafkan diri sendiri. Salahnya terlalu banyak. Dirinya tidak layak dimaafkan. Dia seorang pendosa! Isteri derhaka!!!
SELEPAS pulang dari hospital, Yasmin duduk mendiamkan diri dalam bilik. Sebutir nasi langsung tidak disentuh. Setitik air juga tidak diteguk. Dia duduk memenjarakan diri dalam bilik sehingga mendatangkan kerisauan kepada Puan Hayati dan Encik Firdaus.
Puan Hayati memulas tombol pintu bilik Yasmin. Kelihatan Yasmin sedang duduk diberanda sambil merenung ke luar. Pandangannya menembusi pokok-pokok yang menghijau. Setitis demi setitis air matanya mengalir jatuh.
“Min…” Panggil Puan Hayati lembut. Yasmin membiarkan namanya dipanggil berlalu ditiup angina. Puan Hayati memandang puterinya itu. Berita tentang Hakim sudah dimaklumkan oleh Datin Zarina. Dia memohon maaf kerana telah merahsiakan perkara tersebut dari Yasmin dan mereka berdua. Sebagai seorang perempuan yang juga seorang isteri dan ibu, dia sangat mengerti perasaan Yasmin ketika ini. Sukar untuk melepaskan orang yang disayang pergi. Walaupun Yasmin tidak pernah bercerita apa-apa kepadanya tetapi dia tahu. Sekeras mana pun hati Yasmin, sudah ada ruang dihati itu buat Hakim.
“Min, jom makan. Mama masak lauk kesukaan Min.” Pujuk Puan Hayati. Yasmin diam tanpa balas. “Min nak makan kat bilik ke? Mama bawa,kan.” Yasmin membisu. Leka dalam dunianya sendiri.
“Nanti Min nak makan Min turun ya. Mama tinggalkan lauk untuk Min.” Ujar Puan Hayati. Dia berlalu keluar dari bilik Yasmin. Pintu bilik Yasmin ditutup rapat. Air matanya yang bergenang dari tadi kini mengalir. Hati ibu mana sanggup melihat puterinya seperti itu. Kepedihan yang dirasa Yasmin juga turut dirasa olehnya. Seolah-oleh mereka berkongsi perasaan yang sama.
TIGA hari telah berlalu. Keadaan Yasmin sangat membimbangkan. Makanan dan minumn sedikit pun tidak disentuh. Hanya terperuk dibilik, menangis. Namun begitu, keadaan Yasmin tidak diberitahu kepada Hakim. Mereka tidak mahu Hakim lari dari hospital hanya kerana Yasmin.
“Macam mana dengan Min? Tanya Encik Firdaus kepada isterinya. “Entahlah, bang. Panas badan dia sama je. Langsung tak berkurang. Saya risaulah… kita bawa dia pergi hospital ya?” Luah Puan Hayati. Hatinya cukup gundah dengan keadaan Yasmin sekarang. Sudah dua hari Yasmin diserang demam. Setiap kali mereka ingin membawanya ke hospital Yasmin menolak. Dia bukan anak kecil yang boleh dipaksa-paksa mahupun didukung pergi ke hospital.
“Abang rasa kita patut minta air penawar. Cuba awak call ustaz Hamdan. Mana tau dia boleh tolong untuk kes macam Min tu.” Saran Encik Firdaus. “Yalah, bang. Esok saya call ustaz Hamdan tu.”
Yasmin menapak menuruni anak tangga satu persatu. Mata yang sembab, rambut yang tidak berikat. Keadaannya cukup tidak terurus. “Min… sayang nak makan ke?” Tanya Puan Hayati. Yasmin diam. Dia terus melangkah menuju ke dapur.
“Min nak makan apa? Mama masakkan. Apa-apa je yang Min nak mama siapkan.” Umpan Puan Hayati. Namun Yasmin tidak mempedulikan kata-kata ibunya. Dia meneruskan langkahnya.
“Min, cakaplah Min nak apa. Mama buatkan.” Puan Hayati mengekori Yasmin ke dapur. Laci kabinet dibuka. Sebilah pisau tajam dikeluarkan. “Min nak buat apa dengan pisau tu?” Soal Puan Hayati terkejut. Difikirannya sudah mula terbayang yang bukan-bukan.
“Min tak sanggup nak hadapi semua ni. Min tak mampu lagi dengan semua ni. Biarlah Min mati mama.” Ujar Yasmin perlahan bersama deraian air mata.
“Mengucap, Min. Bawa mengucap. Letak pisau tu, sayang…” Pujuk Puan Hayati. Dia takut sekiranya Yasmin bertindak tanpa kawalan. “Abang…” Puan Hayati memanggil Encik Firdaus. Suaminya bergegas ke dapur dan terkejut melihat pisau yang berada ditangan Yasmin.
“Yasmin, jangan buat perkara bodoh ni. Istighfar, Min… ingat Allah.” Pujuk Encik Firdaus pula. Mahu dekat dia tidak berani. Takut jika Yasmin bertindak luar batasan.
“Tak nak!! Min nak mati. Biar Min mati!!! Min dah boleh hidup lagi macam ni.” Pekik Yasmin. “Maafkan Min, mama papa. Halalkan makan minum Min.” Pisau ditangan diangkat tinggi ke udara. Kewarasan fikirannya sudah hilang. Difikirannya kini hanya mati yang mampu menghentikan segala derita. Yasmin ingin menusuk perutnya sendiri namun ada satu tangan yang menghalangnya dari berbuat demikian. Yasmin tergamam.
“Min dah gila ke?! Kenapa Min nak bunuh diri Min? Kenapa Min nak tamatkan hidup Min sebab abang? Cukup dengan penyakit yang abang hidap ni, Min. Jangan siksa abang lagi dengan kematian Min. Ini bukan caranya. Abang bertahan sampai sekarang sebab ada Min. Abang perlukan Min. Kalau Min mati siapa nak teman abang?” Hakim muncul secara tiba-tiba.
Sewaktu dia tiba dirumah itu, kedengaran bunyi riuh rendah didapur. Lantas, dia bergegas ke dapur. Mujur sempat menghalang isterinya dari melakukan kerja gila.
Air mata Yasmin mengalir lagi. Wajah Hakim ditatap. Dosa-dosanya yang lalu terlayar diminda. Kesilapan itu tidak mampu dimaafkan. Tidak boleh dimaafkan sama sekali. Sudah terlalu banyak masa yang dibazirkan kerana ego sehingga dia tidak sedar waktu yang tinggal cuma seketika.
Hakim mengambil pisau dari tangan Yasmin dan diletakkan sejauh mungkin. Dalam keadaan mental yang tidak stabil apa-apa sahaja boleh Yasmin lakukan. Tubuh yang lemah membuatkan Yasmin rebah namun sempat disambut Hakim.
“Jangan tinggalkan saya…” Tutur Yasmin lemah sebelum tidak sedarkan diri.
SUP ayam yang baru dimasak dipandang sepi. Langsung tiada keinginan untuk menjamahnya walau sedikit.
“Min, makan sikit. Mama cakap dah tiga hari Min tak makan. Rasa sikit sup ni. Sedap tau mama masak atau…Min nak abang masakkan sup untuk Min.” Mangkuk sup ayam diangkat dan dihulurkan kepada Yasmin.
“Min…”
“Kenapa saya?” Soal Yasmin tiba-tiba. “Kenapa dalam berjuta-juta perempuan dalam dunia ni awak pilih saya? Kenapa awak nikahi saya apabila awak tau awak akan tinggalkan saya?” Hakim meletak kembali mangkuk berisi sup. Wajah pucat Yasmin dipandang. Air mata yang bergenang di mata Yasmin menambah pilu dihatinya.
“Min ingat tak masa pertama kali kita berjumpa? Masa tu abang dah tertarik dekat Min tapi masa tu abang masih belum tau yang abang sakit. Abang dah pasang cita-cita nak pinang Min walaupun abang tau Min tak suka abang. Beberapa bulan lepas tu baru abang tau abang mengidap kanser. Harapan abang musnah Min. Abang cuba lupakan Min. Buang perasaan pada Min tapi abang tak boleh. Abang tau abang kejam dengan Min. Abang tamak. Abang terlalu tamak ingin memiliki Min. Masa tu abang tak fikir perasaan Min. Min boleh marah abang atau benci abang. But please… jangan tinggalkan abang.
Abang nak berada disisi Min sampai akhir hayat abang. Abang minta maaf tapi abang tak boleh lepaskan Min.”
Air mata Yasmin jatuh berjurai-jurai. Kenyataan yang terlalu sukar untuk diterima akal dan hati. Mengapa begini kisah cintanya? Ketika dia baru sahaja ingin merasa cinta itu tetapi terpaksa dilepaskan.
“Abang keluar dulu. Kalau Min nak apa-apa panggillah abang.” Ujar Hakim. Dia bangkit namun tangannya dipegangYasmin. Hakim menoleh memandang Yasmin.
“Maafkan, Yasmin. Ampunkan Yasmin, abang. Ampunkan dosa-dosa Yasmin pada abang.” Ucap Yasmin. Tangan Hakim dicium. Hakim kembali duduk. “Abang dah takde masa nak marah Min.” Yasmin terus memeluk Hakim. ‘Ya Allah, berilah aku kesempatan yang sedikit ini untuk membahagiakan dia. Beri padaku juga sedikit kekuatan-Mu untuk menghadapi semua ini.’
HARI demi hari berlalu, warna-warna ceria pelangi mula mewarnai kehidupan Yasmin dan Hakim. Tawa dan senyuman dipamerkan walau dalam hati mereka menangis. Yasmin melayan Hakim dengan baik. Segala keperluan Hakim disediakan. Apa sahaja dilakukan untuk melihat senyuman dari lelaki itu. Yasmin sudah berjanji dengan dirinya. Walau setitik pun air mata tidak akan mengalir didepan Hakim. Dia mahu melupakan air mata itu. Ada bahagia yang sedang dipegang dan tidak ingin dilepaskan walaupun cuma seketika.
“Min, kenapa duduk dalam gelap ni?” Tegur Puan Hayati yang kebetulan turun ke dapur mahu membasahkan tekak. Dia terlihat Yasmin sedang duduk diberanda luar dalam keadaan gelap.
“Takde apa.” Jawab Yasmin pendek. Puan Hayati duduk disebelah Yasmin. Wajah sugul Yasmin dapat dilihat dengan jelas walau dalam gelap.
“Hakim dah tidur?” Tanya Puan Hayati lagi. Sengaja mahu mengajak puterinya itu berbual. Dia tahu Yasmin sedang memerlukan teman dan sokongan saat ini.
“Dah. Lepas makan ubat Abang Hakim terus tidur.” Jawab Yasmin. Pandangannya jauh ke dada langit yang diserikan dengan taburan bintang-bintang dan bulan sabit. Keluhan berat dilepaskan. Kedua beranak itu sepi tanpa bicara.
“Min…”
“Mama boleh tolong, Min?” Potong Yasmin.
“Min nak mama buat apa? Min nak apa sayang?”
“Min tak mampu nak lalui semua ni sorang-sorang. Min tak kuat mama. Min tak mampu… tolong Min mama. Tolong Min…” Pinta Yasmin. Mutiara jernih mengalir dari matanya.
Puan Hayati menarik tangan Yasmin ke dalam genggamannya. “Min ada mama. I’m always with you. Mama akan tolong selagi mama mampu. Mama yakin. Min seorang yang kuat. Walaupun kita rasa kita lemah tapi mama yakin terletak didasar hati Min satu kekuatan yang luar biasa. Min boleh hadapi semua ni. Ingat, mama sentiasa disisi Min.” Tutur Puan Hayati. Menyuntikkan sedikit semangat ke dalam diri Yasmin.
Yasmin melentokkan kepalanya dibahu Puan Hayati. Setitis air mata yang mengalir dikesat dengan tangan.
“ABANG, jom makan.” Panggil Yasmin dari dapur namun tiada sahutan. Yasmin bergerak ke ruang tamu. Kosong. Tiada orang. Dia berlalu pula ke bilik. Hasilnya juga sama. Kelibat Hakim tidak dilihat dimana-mana. Yasmin bergerak pula ke luar rumah, mencari Hakim dihalaman. Namun tetap juga tidak bertemu.
Jantungnya berdegup kencang. “Abang… Abang… mana abang pergi ni? Abang jangan main-main dengan Min. Abang!!!!” Jerit Yasmin namun tiada sahutan. Yasmin jatuh terduduk ditanah. Air matanya mengalir deras. Kelibat Hakim tidak ditemui dimana-mana. Dalam rumah… luar rumah… semuanya tiada. Seolah-olah hanya dirinya yang tinggal dalam rumah itu.
“Abang jangan tinggalkan Min. Abang…”
“Min, bangun. Yasmin…” Kejut Hakim. Tubuh Yasmin digoyang-goyangkan. Air mata isterinya sedang mengalir. Apa yang dimimpikan Yasmin?
Yasmin membuka mata. Wajah Hakim didepan matanya. Yasmin terus memeluk Hakim. Dia menangis. “Jangan tinggalkan, Min. Please… jangan tinggalkan Min sorang-sorang.” Tutur Yasmin dalam tangis.
Pelukan isterinya dileraikan. “Hei, siapa yang tinggalkan Min? Abang ada dekat sini. Abang depan Min ni. Min… Ya Allah… Min mimpi je tu. Abang ada ni kan. Abang tak pergi mana-manalah. Abang kat sini dengan Min.” Ujar Hakim. Menyedarkan Yasmin dari mimpi buruknya.
“Abang…” Yasmin seolah-olah baru tersedar dari igauan buruk mimpinya. Dia kembali memeluk Hakim seerat-eratnya. Menangis dalam pelukan lelaki itu. Hakim mengusap rambut Yasmin lembut. Hatinya dilanda rasa hiba. Yasmin terbawa-bawa sehingga ke dalam mimpi. Jelas sekali mimpi juga tidak mampu memberinya tawa dan senyuman sebaliknya air mata dan rasa takut yang lebih dahsyat lagi.
HARI demi hari, keadaan kesihatan Hakim semakin teruk. Wajahnya sangat pucat. Bibirnya sudah tiada warna lagi. Hakim lebih banyak menghabiskan masa dengan duduk diberanda sambil membaca buku-buku ilmiah. Berat badannya juga semakin susut.
Setiap kali Yasmin meluangkan masa bersama Hakim. Air matanya ditahan dari mengalir. dia harus nampak kuat. Jika Hakim lemah dia perlu menjadi kuat. Salah seorang antara mereka perlu kuat dengan dugaan seperti ini.
“Kenapa muka Min macam orang tak bermaya je? Min tidur tak?” Tanya Hakim ketika mereka sedang duduk diberanda.
“Lately ni Min tak boleh tidur. Min tak mampu nak pejamkan mata pun.” Beritahu Yasmin. Dia memandang Hakim lama. Waktu tidurnya sudah dikorbankan. Dia ingin menatap wajah itu sepuasnya. Sedetik pun tidak mahu dilepaskan.
“Min kena jaga kesihatan. Min kena tidur. Jaga diri Min. Okey? Nanti abang dah tak boleh nak ingatkan Min semua ni.” Nasihat Hakim. Risau dia melihat keadaan Yasmin. Yasmin tersenyum tawar. Kata-kata Hakim sedikit menyentap hatinya.
“Abang tu yang kena jaga diri. Min takpe. Abang jangan risaukan. Min. bukan senang tau Min nak dapat sakit. Min kuatlah.” Ujar Yasmin sambil tersenyum. Hakim dipandang. ‘Min kuat demi abang kerana abang kekuatan Min…’
“Dah nak masuk Zohor. Abang masuk bilik dulu.” Beritahu Hakim. Dia bangkit dari duduk dan bergerak ke dalam rumah. Tiba-tiba pandangan Hakim berpinar-pinar. Kepalanya mula terasa sakit. Wajahnya berkerut menahan kesakitan. Hakim tersandar ke dinding.
“Abang? Abang kenapa ni?” Soal Yasmin cemas. Hakim menggeleng. Sakit dikepalanya cuba ditahankan. Hakim menegakkan dirinya dengan melawan rasa sakit yang diterima. Namun tubuhnya yang lemah membuat Hakim jatuh dan tidak sedarkan diri.
“Abang!!!”
“TAKDE apa yang mampu kami buat lagi. Segala-galanya ditangan DIA. Prepare for the worst, datuk.” Ujar Doktor yang merawat Hakim. Yasmin menekup mulut. Air mata yang mengalir dari tadi kini bertambah lebat.
“Yasmin…” Panggil Datin Zarina. Hati ibu mana yang sanggup melihat penderitaan anaknya. Namun melihat keadaan Yasmin, hatinya lagi bertambah sedih. Perkahwinan anak lelakinya dengan Yasmin tidak sampai 5 bulan. Yasmin ditarik ke dalam pelukannya.
“Min tak sanggup kehilangan Abang Hakim, Ibu. Min tak sanggup…” Tutur Yasmin dalam esak.
“Kita dah tak boleh buat apa-apa lagi Min. Ibu minta dengan Min… ikhlaskan semua ni. Lepaskan Hakim…” Yasmin tersentak. Pelukan dileraikan. Wajah ibu mertuanya dipandang tidak percaya. Sanggup seorang ibu berkata seperti itu. Yasmin menggeleng beberapa kali. Langkahnya diatur jauh dari keluarga mertuanya. Datin Zarina mengalirkan air mata. Datuk Rosman mengambil tempat disisi isterinya.
“Abang…” Datin Zarina meletakkan kepala dibahu suaminya. Nafas berat dilepaskan.
YASMIN memandang Hakim dari pintu. Air mata yang mengalir dikesat hingga kering. Tidak ada setitik pun dibiarkan tinggal. Pintu wad Hakim dibuka. Kerusi kosong disisi katil Hakim menjadi tempat untuk berlabuh. Melihat keadaan Hakim yang sedang tenat benar-benar meruntun hatinya. Walau beribu-ribu kali pun air matanya dikesat, ia tetap mengalir.
Yasmin menggenggam erat tangan Hakim. “Abang, Syira bagi tiket teater free dekat Min. Dia suruh Min pergi dengan abang. Jom kita pergi tengok teater. Abang suka tengok teater kan. Abang bangunlah cepat. Teater tu esok. Kita boleh tengok sama-sama.” Tutur Yasmin dengan nada suara yang bergetar menahan sebak.
“Abang tau tak esok hari apa? Esok cukup 5 bulan perkahwinan kita. Abang ada cakap dulu kan… abang cuma minta 5 bulan je. Min harap sangat. Abang tak tunaikan janji abang dulu. Min harap Min tak terlambat nak bagitau abang. Min nak jadi bidadari abang. Min… bahagia dengan abang. Selama hampir 5 bulan ni, abang dah usik perasaan Min. Perlahan-lahan Min mula simpan perasaan dekat abang. I’ve never expect this… Min dah sia-siakan masa yang Min ada dengan abang. Hati Min cukup hancur bila tau abang sakit. Min tak boleh terima yang abang akan tinggalkan Min. Min dah bagi seluruh hati Min pada abang. Min…” Yasmin menekup mulut menahan tangis.
“Terima kasih… terima kasih sebab abang terima Min seadanya selama 5 bulan ni. Abang tak merungut pasal Min. Abang tak pernah marah Min. Min tak kan jumpa lagi lelaki sebaik abang. Terima kasih sebab dah jadikan Min isteri abang. Thanks for everything… thanks for the memories. Thanks for the love. Min janji dengan abang. Min akan jaga diri Min baik-baik. Abang jangan risaukan Min lagi ya.” Yasmin menghela nafas panjang. “Have a rest… Min sayang abang.” Mata kanan Hakim mengalirkan air mata.
Bunyi bip kedengaran. Monitor yang menunjukkan denyutan nadi Hakim mula berubah corak kepada garisan lurus panjang. Yasmin menarik nafas dalam. Air matanya mengalir lagi. ‘Min nak jadi bidadari abang… Tunggu Min…’.
-TAMAT-

No comments:

Post a Comment