Saturday, December 5, 2015

KARYA KREATIF

PUISI SEMPENA KEMERDEKAAN

MERDEKA ATAU MATI?
Memang sukar,
Untuk berkorban demi negara,
Kerana ia memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan jiwa, pengorbanan raga,
Namun jika tidak berkorban,
Harus berfikir,
Ingin merdeka atau mati?

Memang sukar,
Apabila diri diselubungi perasaan mamang,
Namun demi negara,
Dan demi ummah yang terseksa dalam penjajahan,
Hanya jiwa yang merdeka mampu membebaskannya,
Kerana harus difikir,
Merdeka atau mati?




SUARA KITA
Suara kita,
Siapa yang ingin bersuara?
Siapa yang ingin mendengar?
Siapa yang ingin memahami?
Siapa yang ingin membalas?

Suara kita,
Demi Malaysia,
Hanya suara kita,
Suara yang ingin merdeka,
Suara yang lantang,
Suara yang berani,
Hanya kerana kita,
Suara kita.




KERANAMU MALAYSIA
Berdiri megah di pentas dunia,
Kakiku gagah demi tanah airku,
Bangkit dari persada luka,
Segala perit telah ku telan,
Hanya keranamu Malaysia,

Aku anak merdeka,
Tangan kananku telah bersumpah,
Maruah bangsa akan ku tebus,
Pahit akan diganti manis,
Hati rela berjuang,
Hanya keranamu Malaysia.


No comments:

Post a Comment